TETAPI......

Bukankah kita boleh melakukan berbagai-bagai perkara didalam hidup kita ini demi untuk mencapai kejayaan dan kebahagian hidup kita? Bukankah kita mesti berusaha didalam hidup kita ini demi mencapai kejayaan dan kesenangan hidup kita?

Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang?
Alangkah bagus dan indahnya kehidupan ini bila kita berjaya, kaya-raya, mempunyai banyak wang dan mewah kehidupan?
Bukankah itu adalah keinginana semua manusia yang hidup didunia ini?
Mengapa kita perlu memikirkan atau berbincang pasal kematian!?
Bukankah itu satu tajuk yang sia-sia dan tidak menguntungkan diri kita didalam hidup kita ini?

Memang benar kata2 saudara itu tentang kehidupan!
Apa pun yang saudara cuba ketengahkan tentang kehidupan.....yang pastinya kematian itu pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dapat dielakkan!
Segala usaha anda dan nikmat hidup yang telah anda usahakan atau yang anda kecapi sekarang ini, bakal ditinggalkan kerana kematiana!

Samaada anda suka atau cuba menolak untuk tidak memikirkan tentang kematian atau apa2 pun...yang pastinya kematian sentiasa ada dan bakal menjemput anda dan kita semua!

0 komentar:

Posting Komentar

hello